Header Ads Widget

UEFA Euro 2020

Kejohanan Bolasepak Eropah 2020 UEFA juga disebut dengan nama pendeknya Euro 2020.

Ia adalah Kejuaraan Eropah ke-16 bagi bolasepak lelaki antarabangsa untuk benua Eropah, yang mana kejuaraan ini dianjurkan oleh Persatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA ).

Kejohanan ini diadakan di sebelas bandar di 11 negara UEFA, pada mulanya dijadualkan berlangsung dari 12 Jun hingga 12 Julai 2020, tetapi ditangguhkan kerana wabak COVID-19 di Eropah dan dijadualkan semula pada 11 Jun hingga 11 Julai 2021. 

Walaupun ditangguhkan, namun ianya tetap dipaggil atau mengekalkan gelaran "UEFA Euro 2020".  


Presiden UEFA, Michel Platini mengatakan pada tahun 2012 bahawa kejohanan itu akan diadakan di beberapa negara sebagai acara "romantis" sekali untuk meraikan "ulang tahun" ke-60 pertandingan Kejuaraan Eropah. 

Memiliki kapasiti terbesar dari mana-mana stadium menjadi tuan rumah untuk pertandingan ini, Stadium Wembley di London dijadualkan untuk menjadi tuan rumah bagi saingan separuh akhir dan final untuk kali kedua, setelah melakukannya sebelum ini pada kejohanan 1996.

Stadio Olimpico di Rom dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pembukaan, yang melibatkan Turki dan tuan rumah, Itali

Edisi kali ini pada awalnya akan dimainkan di 13 negara, namun dua tuan rumah kemudian dilucutkan dengan Brussels 'disingkirkan' pada Disember 2017 kerana Eurostadium tidak tersedia dan Dublin pada April 2021 kerana tidak dapat memberi jaminan kehadiran (kebenaran) penonton. 

Sepanyol juga mengubah bandar tuan rumah mereka dari Bilbao ke Seville untuk membolehkan penonton menghadiri pada hari perlawanan. 


Portugal adalah juara bertahan, setelah memenangi pertandingan 2016 di Perancis. 

Sistem video pembantu pengadil (VAR) membuat penampilan sulung di Kejuaraan Eropah dalam kejohanan ini.   

Senarai Kumpulan

  

Post a Comment

0 Comments