Header Ads Widget

Sukan Olimpik

Sukan Olimpik ialah kejohanan sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. 

Sukan ini bermula dari zaman Yunani Purba dan dihidupkan kembali oleh seorang bangsawan Perancis bernama bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. 

Pierre de Coubertin pada tahun 1925.

Kejohanan ini dikenali sebagai Olimpik Musim Panas dan telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia meletus.

Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924, namun sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1996.

Olimpik Purba

Asal usul sukan Olimpik ini secara tepatnya tidaklah begitu diketahui tetapi banyak legenda tertulis bersama sama sukan ini.

Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. 

Pada masa itu, hanya satu sahaja acara yang dipertandingkan iaitu berlari ataupun (dipanggil ketika itu) stade - larian pecut secara lurus lebih dari 192 meter.

Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. 

Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada dewa Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). 

Pemenang sukan ini akan dihormati dan diabadikan dalam puisi dan diukir dalam bentuk patung.

Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas kaum Yunani. 

Apabila agama Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dianggap sebagai suatu amalan orang tidak beragama, maka Maharaja Theodosius mengharamkan pertandingan ini pada tahun 393 M, menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah ia diadakan semula pada abad ke-19.

Olimpik Moden

Minat warga Yunani dalam menghidupkan semula temasya sukan purba ini dimulakan sewaktu Perang Kemerdekaan Yunani menetang Empayar Uthmaniyah pada tahun 1821, di mana ia pertama kalinya diusulkan dalam sebuah sajak nukilan Panagiotis Soutsos, seorang editor akhbar pada tahun 1833.

Pada tahun 1856, Evangelos Zappas, seorang dermawan bangsa Romania-Yunani yang sangat kaya menulis kepada Raja Otto dari Yunani mengenai penawaran menyumbangkan dana kepada penghidupan semula acara Sukan Olimpik.

Zappas menganjurkan acara pertama yang seumpamanya tiga tahun kemudian di sebuah dataran kota di Athens yang dihadiri para atlet dari negara Yunani itu sendiri dan Empayar Uthmaniyah.

Zappas turut menyalurkan sumbangan kewangan kepada pembaikpulihan Stadium Panathenaik agar temasya-temasya Sukan Olimpik yang akan datang dapat dianjurkan di sana.

Stadium Panathenaik di Athens. Kredit foto: d.tzankatian

Stadium tersebut menganjurkan temasya Olimpik pada tahun-tahun 1870 dan 1875.

Sebanyak 30 ribu penonton dicatat menyaksikan acara tahun 1870, namaun catatan rasmi bagi temasya tahun 1875 tidak dapat dijumpai.

Pada 1890, Pierre de Coubertin mendapat ilham menubuhkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (International Olympic Committee, IOC) selepas menghadiri Sukan Olimpian yang dianjurkan Persatuan Olimpik Wenlock. 

Coubertin mendasarkan ideanya daripada usaha dan buah fikiran Brookes dan Zappas dengan bertujuan menubuhkan suatu Sukan Olimpik yang dianjrukan antara negara-negara yang dakan dilangsungkan setiap empat tahun. 

Beliau mempersembahkan ideanya ini sewaktu Kongres Olimpik pertama yang diadakan Jawatankuasa Olimpik tersebut. Perjumpaan ini dilangsungkan di Universiti Paris dari 16 sehingga 23 Jun 1894, di mana kata putus telah dibuat pada hari terakhir Kongres bahawa temasya sukan Olimpik pertama di bawah jawatankuasa ini dianjurkan di Athens pada tahun 1896.

IOC turut melantik penulis Yunani Demetrius Vikelas sebagai presiden pertama jawatankuasa tersebut.

Demetrius Vikelas.

Bandar tuan rumah Sukan Olimpik

Menjelang 2010, Sukan Olimpik telahpun dihoskan oleh 41 buah bandar dari 22 negara. 

Pada 2012, London menjadi bandar yang pertama yang menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik sebanyak empat kali.

Tahun Olimpiad ke- Bandar Tuan Rumah Negara
1896 I Athens Yunani
1900 II Paris Perancis
1904 III St.   Louis, Missouri Amerika   Syarikat
1906 Selang Seli Athens Yunani
1908 IV London United   Kingdom
1912 V Stockholm Sweden
1916 VI Berlin Empayar Jerman
1920 VII Antwerp Belgium
1924 VIII Paris Perancis
1928 IX Amsterdam Belanda
1932 X Los   Angeles, California Amerika   Syarikat
1936 XI Berlin Jerman
1940 XII Tokyo Jepun
Helsinki Finland
1944 XIII London United Kingdom
1948 XIV London United Kingdom
1952 XV Helsinki Finland
1956 XVI Melbourne Australia
Stockholm Sweden
1960 XVII Rome Itali
1964 XVIII Tokyo Jepun
1968 XIX Mexico City Mexico
1972 XX Munich Jerman   Barat
1976 XXI Montreal, Quebec Kanada
1980 XXII Moscow Kesatuan   Soviet
1984 XXIII Los   Angeles, California Amerika   Syarikat
1988 XXIV Seoul Korea   Selatan
1992 XXV Barcelona Sepanyol
1996 XXVI Atlanta, Georgia Amerika   Syarikat
2000 XXVII Sydney Australia
2004 XXVIII Athens Greece
2008 XXIX Beijing China
2012 XXX London United Kingdom
2016 XXXI Rio de Janeiro Brazil
2020 XXXII Tokyo Jepun
2024 XXXIII Paris Perancis

Post a Comment

0 Comments