Piala Sumbangsih atau dikenali juga sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, merupakan perlawanan pembuka tirai bagi Liga Malaysia.
Perlawanan ini pertama kali diperkenalkan pada Liga Malaysia musim 1985, walaupun perlawanan tersebut diadakan pada 31 Disember 1984.
Juara Piala Malaysia 1984 (Selangor) bertemu Pahang yang merupakan naib juara Piala Liga 1984 (Selangor juga juara Liga '84).
Sehingga musim 1992, juara Piala Malaysia (PM) akan bertemu dengan juara/naib juara Liga Malaysia.
Bagaimanpun format tersebut telah ditukar pada musim 1993, dimana juara PM akan berebut Piala Sumbangsih dengan juara piala FA (atau naib juara FA, sekiranya pemenang PM juga adalah juara FA).
Bermula Liga Malaysia musim 2011, format Piala Sumbangsih kembali ditukar dengan Juara Piala Malaysia pada musim lepas akan menentang Juara Liga Super Malaysia pada perlawanan pertama musim baharu.
Senarai Juara
Pasukan Terbaik
0 Comments