Header Ads Widget

T-Team FC

T-Team diasaskan pada 14 Julai 2006 dengan nama penuh PBDKT T-Team FC

Pasukan ini terletak di Kuala Terengganu, Terengganu dan didaftarkan dibawah Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu (PBDKT). 

Pada musim 2007/08, T-Team menyertai Liga FAM dan muncul johan dalam kejohanan tersebut setelah mengumpul 33 mata mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru, yang hanya mengumpul 25 mata. 

Selaku juara, T-Team layak beraksi dalam Liga Perdana Malaysia pada musim berikutnya (2009) dan untuk musim 2010, T-Team layak beraksi dalam Liga Super Malaysia setelah muncul naib juara liga. 

Pada musim 2014 pasukan T-Team diuruskan oleh PBSNT, namun mulai musim 2015, pasukan ini kembali diletakkan di bawah pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Namun keputusan PBSNT membuat penstrukturan semula pasukan yang bernaung dibawah mereka, menyaksikan tiada lagi pasukan bernama T-Team FC dalam arena bolasepak negara.

Kewujudan pasukan ini menjadi sejarah hanya setelah10 tahun berada dalam arena bolasepak negara.

KETUA Pegawai Operasi T- Team, Aidi-Naim Mohamad Samsani (Tiga dari kanan) bersalaman dengan Rahmad Darmawan selepas mengadakan perjumpaan di Pejabat T-Team pada tahun 2017. Kredit  Foto: Berita Harian

T-Team kemudian dijenamakan sebagai TFC II selepas Presiden PBSNT, Datuk Seri Ahmad Razif pada November 2017, telah mengumumkan lima pasukan baharu berada di bawah pengawasan badan induk itu iaitu Terengganu FC I (TFCI) yang beraksi di Liga Super, TFC II (Liga Perdana), TFC III (Piala Presiden), TFC IV (Piala Belia) dan TFC V (Piala KPM Bawah 17 Tahun).

Rekod T-Team dalam saingan Liga Malaysia.

Tahun Posisi Liga Liga Piala FA Piala Malaysia
2016 7/12 Liga Super
Semifinal
2015 3/14 Liga Perdana

2014 11/12 Liga Super Pusingan 2 Peringkat Kumpulan
2013 10/12 Liga Super Pusingan 2 Peringkat Kumpulan
2012 8/14 Liga Super Suku Akhir Peringkat Kumpulan
2011 9/14 Liga Super Pusingan 1 Separuh Akhir
2010 7/14 Liga Super Suku Akhir Peringkat Kumpulan
2009 2/14 Liga Perdana Suku Akhir Tidak layak
2007-08 1/8 Liga FAM Pusingan 1 Tidak layak
2006-07 5/8 Liga FAM Tidak layak Tidak layak

  

Struktur Organisasi

Pegawai Pasukan

PosisiNama
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Ab.Rasid Jusoh
Ketua Pegawai Operasi (COO) Malaysia Mohd Syahrizan Mohd Zain
Pengurus Malaysia Ahmad Kamil Othman
Penolong Pengurus Malaysia Ab.Rasid Jusoh
Pegawai Media Malaysia Zainuddin Muhammad
Pegawai Keselamatan Malaysia Mazlan Mohammad
Setiausaha Kehormat Malaysia Mohd Sabri Abas

Pegawai Kejurulatihan

PosisiNama
Ketua Jurulatih Indonesia Rahmad Darmawan
Penolong Ketua Jurulatih Flag of Indonesia.svg Satia Bagja
Penolong Jurulatih Malaysia Mohd Azhari Salim
Jurulatih Penjaga Gol Indonesia Kurnia Sandy
Jurulatih Kecerdasan Flag of Indonesia.svg Rasiman Siregar
Fisioterapi Malaysia Mark Lee Soong Keen
Ketua Jurulatih B21 Malaysia Tengku Hazman Raja Hassan
Penolong Jurulatih B21 Malaysia Khalid Mohd Dahan
Penolong Jurulatih B21 Malaysia Yusof Ali
Pengurus Piala Presiden Malaysia Ahmad Kamil Othman
Pen Pengurus Piala Presiden Malaysia Mohd Rahimi Ramli
Jurulatih Penjaga Gol B21 Malaysia Shaikh Anuar Shaikh Abdul Ghani
Jurulatih Kecergasan B21 Malaysia Mohamad Efindy Mohamad Salleh
Jurulatih Akademi Malaysia Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor
Penolong Jurulatih AkademiMalaysia Norhisham Hassan

Pengurus

Tahun Pengurus
2007-2009 Malaysia Ab.Rasid Jusoh
2009-2010 Malaysia Abdul Rahin Mohd Said
2010-2012 Malaysia Rozi Mamat
2013-ditamatkan England Peter James Butler
2013-2015 Malaysia Ab.Rasid Jusoh
2016 Malaysia Ahmad Kamil Othman

Jurulatih

Tahun Jurulatih
2007-2009 Malaysia Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor
2009-2012 Malaysia Ahmad Yunus Mohd Alif
2013- England Peter James Butler
2013- Portugal Eduardo Almeida (pemangku)
2013- Malaysia Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor (pemangku)
2014-Julai 2014 Malaysia Mohd Azraai Khor Abdullah (letak jawatan)
Ogos 2014 - November 2014 Malaysia Anuar Abu Bakar
2015 - Croatia Tomislav Steinbr├╝ckner 
2016 Indonesia Rahmad Darmawan

Tindakan penstrukturan dan penjenamaan.

Menurut Datuk Seri Ahmad Razif, penstrukturan dan penjenamaan semula pasukan bolasepak berkenaan sedikit sebanyak mengurangkan kos perbelanjaan yang ditanggung terhadap dua pasukan sebelum ini, Terengganu dan T-Team.

Kami hanya ada satu pasukan terkuat yang dibarisi pemain hebat iaitu TFCI beraksi di Liga Super dan sasaran kami sekurang-kurangnya mahu memastikan pasukan ini menjulang satu piala musim depan. - Datuk Seri Ahmad Razif

Saingan T-Team di musim terakhirnya (dengan nama T-Team) dalam Liga Super Malaysia boleh dikatakan agak teruk dimana mereka menamatkan saingan ditangga kesembilan liga daripada 12 pasukan yang bertanding.

Statistik penuh T-Team dalam saingan liga musim 2017.

Statistik T-Team dalam saingan Liga Super Malaysia 2017.

Liga Super MalaysiaJumlahHomeAway
Kedudukan Liga9
Jumlah perlawanan221111
Menang752
Seri532
Kalah1037
Jaringan301812
Bolos451629
Mata26188
Clean sheets752
Gagal menjaringkan gol624
Purata jaringan gol setiap perlawanan (per/match)1.361.641.09
Purata bolos setiap perlawanan (per/match)2.051.452.64
Purata masa gol pertama dijaringkan46m48m44m
Purata masa bolos pertama dilepaskan39m62m24m
Perlawanan melebihi 2.5 gol68.18%54.55%81.82%
Perlawanan kurang daripada 2.5 gol31.82%45.45%18.18%
Peratusan Jaringan72.73%81.82%63.64%
Peratusan Bolos68.18%54.55%81.82%

Rekod jaringan yang dihasilkan berdasarkan minit perlawanan bagi musim 2017.  

Minit Jaringan yang dihasilkan
0 - 15'13.3%
15 - 30'6.7%
30 - 45'10.0%
45 - 60'20.0%
60 - 75'23.3%
75 - 90'26.7%

 Ucapan Perpisahan T-Team FC.

Manakala pengumuman rasmi mengenai pembubaran T-Team turut dimuatnaik pada laman Facebook rasmi T-Team (tidak lagi wujud) dan juga pada laman Instagram pada 21 haribulan 2017.

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN & SOKONGAN SEMUA PIHAK SELAMA 10 TAHUN PASUKAN INI BERTAPAK DI MALAYSIA.

Hari ini secara rasminya telah diumumkan bahawa tiada lagi T-Team FC sebagai kelab yang mewakili negeri Terengganu untuk bertanding di Liga Malaysia. 

T-Team bakal digantikan dengan Terengganu II bagi ditempatkan di Liga Perdana 2018.

Kami dari pihak T-Team dengan penuh rasa hormat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu T-Team sejak awal penubuhan pada 2006 yang asalnya hanyalah sebuah platform untuk mencungkil bakat-bakat bola sepak di negeri Terengganu sehinggalah kini T-Team berjaya menjadi sebuah pasukan yang berjaya bersaing di peringkat tertinggi di Malaysia.

Syukur Alhamdulillah sepanjang tempoh pasukan T-Team ini berada di liga Malaysia, T-Team telah berjaya melahirkan ramai bintang muda dari Terengganu untuk mewakili pasukan ini dan juga berjaya di luar negeri bersama pasukan yang lebih besar malah berjaya menjadi wakil kepada pasukan negara.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong yang tidak pernah penat menyokong jatuh bangun pasukan ini selama ini. Kami dari pasukan T-Team tahu dan sedar akan sokongan yang diberikan oleh penyokong-penyokong yang hadir ke stadium untuk menyokong pasukan ini sejak sekian lama.

Kepada semua pemain, pihak kejurulatihan samaada yang masih ada bersama T-Team, dan juga pernah bersama T-Team, kami ucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan dan perjuangan anda bersama pasukan ini selama ini. Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang masih aktif dalam bolasepak.

Akhir kata, corgan kata "Tibang T-Team Tibang" bakal dikenang dan T-Team akan diingati sebagai sebuah pasukan yang kecil tetapi tetap mampu bersaing di persaingan tertinggi di Malaysia.

Semoga berjumpa lagi!

Tampalan Instagram T-Team FC.

Rujukan dan sumber:

1.https://football-tribe.com/indonesia/2017/11/22/t-team-bubar-bagaimana-nasib-rahmad-darmawan/
2.https://bola.kompas.com/read/2017/11/21/18330048/rd-berpeluang-kembali-ke-liga-indonesia-setelah-t-team-bubar
3.https://www.astroawani.com/berita-sukan/tteam-kekal-dalam-liga-super-musim-depan-159162
4.https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/11/350469/tfc-bantah-cadangan-tolak-t-team-ke-liga-perdana
5.https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/11/353997/rahmad-tinggalkan-t-team

Post a Comment

0 Comments