Header Ads Widget

Struktur Liga Bolasepak Malaysia

Memahami Struktur Liga Bolasepak dan Piala Bolasepak di Malaysia.

Liga Malaysia merupakan satu kejohanan bolasepak tersohor di Malaysia dan ia juga selalunya diringkaskan sebagai Liga M

Awalnya, penyelenggaraan Liga Malaysia dikelolakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) namun ianya kini telah pun menjalani proses penswastaan.

Bolasepak telah bermula di Malaysia seawal tahun 1921 dengan lahirnya Piala Malaya (nama asal bagi Piala Malaysia).

Ketika ini Liga Malaysia merangkumi kejohanan yang berbentuk liga dan piala. Semenjak pertama kali diadakan iaitu pada 1921 hingga ,kejohanan bol sepak di Malaysia dijalankan secara amatur.

Pada tahun 1989 Liga Malaysia telah mengorak langkah ke arah yang lebih baik setelah diperkenalkan liga bertaraf separuh profesional. 

Mulai musim 1993 Liga Malaysia telah memasuki era profesional sepenuhnya.

Kini, secara dasarnya, Liga Malaysia diuruskan oleh dua pihak ataupun entiti berbeza dengan Malaysia Football League (MFL) menguruskan dua liga tertinggi Malaysia, manakala Amature Football League (AFL) pula menguruskan liga bawahan.

Pada 2018, Liga Malaysia telah distrukturkan dengan terdapat lima hieraki kejohanan (tahap liga).

Liga Divisyen 1 (Liga Super)

Liga ini mempunyai 12 pasukan yang bertanding dan juga dikenali sebagai Liga Super Malaysia atau nama Inggerisnya adalah Malaysia Super League (MSL). 

Dua pasukan tercorot setiap musim akan disingkirkan ke Liga Divisyen 2, liga kedua tertinggi di Malaysia.

Ini adalah liga tahap tertinggi di Malaysia menggantikan Liga-M suatu masa dulu dan diperkenalkan pada tahun 2004.

Tahun 2015 adalah titik perubahan, dimana liga ini diswastakan melalui nama MSL Sdn Bhd sebagai aspek pemasaran dan pengurusan liga yang lebih efisien.

Empat pemain import dibenarkan dengan salah seorang pemain itu mestilah daripada kuota negara Asia.

Boleh dikatakan, banyak aktiviti penambahbaikan berlaku di Divisyen 1, salah satunya adalah pengeluaran lesen kelab AFC diberikan kepada kelab yang layak bertanding.

Antaranya, pengurusan dari segi tadbir urus, sumber kewangan, tiada penyalahgunaan dana dan fasiliti profesional serta program pembangunan akar umbi.

Liga Divisyen 2 (Liga Premier)

Liga ini juga mempunyai 12 pasukan yang bertanding dengan dua pasukan teratas akan dipromosikan ke Liga Super. 

Manakala dua pasukan tercorot akan disingkirkan ke Liga Divisyen 3 (Liga FAM).

Pada tahun 2018, liga ini ditaja oleh 100 Plus dan disebabkan itu, liga ini dipanggil atau disebut sebagai 100Plus Liga Premier.

Selain itu, liga ini juga popular dengan nama Liga Premier Malaysia atau nama Inggeris, Malaysia Premier League (MPL).

Dahulunya, liga ini dikenali sebagai Liga Perdana 2.

Liga Divisyen 3 (Liga FAM)

Liga ini mempunyai 16 pasukan bertanding dengan dua pasukan terbaik akan dipromosikan ke Liga Premier dan pada masa liga ini diperkenalkan, tiada sebarang penyingkiran dilakukan ataupun dikenakan. 


Sebelum ini, liga ini dikenali sebagai Piala FAM Malaysia.

Liga FAM ketika ini berada dalam proses penambahbaikan setelah banyak pasukan menarik diri.

Bermula pada tahun 2019, liga ini akan mempunyai 14 pasukan bertanding dengan dua pasukan teratas akan dipromosikan ke Liga Premier dan mempunyai 3 slot penyingkiran.

Liga Divisyen 4 (M4) – Bermula 2019


Liga ini adalah himpunan daripada juara liga di Liga M5 (Johan Negeri & Johan Liga Sosial Negeri).

Jumlah pasukan yang bertanding adalah sebanyak 24 pasukan dengan cadangan, dua tempat teratas di promosikan ke liga atasan dan mempunyai tiga slot penyingkiran.

Liga Divisyen 5 (M5) – Bermula 2018

Permulaan 2018, 24 liga akan mula dijalankan di setiap negeri yang mana membentuk Liga M5. 

Liga Negeri dan Liga Sosial akan ditentukan kemudian.

Juara setiap Liga M5 pada tahun 2018 pula akan layak ke Liga Divisyen 4 (Liga M4) pada tahun berikutnya, 2019 dengan jumpalah pasukan sebanyak 24 pasukan. 

PERUBAHAN STRUKTUR

Namun setahun selepas MFL mengumumkan struktur liga dijalankan di Malaysia, ia sekali lagi mengalami perubahan dengan hanya empat hieraki tertinggi sahaja diadakan untuk bolasepak Malaysia.


Post a Comment

0 Comments