Header Ads Widget

Roberto Mancini mahukan pemain-pemainnya tenang.

 

Roberto Mancini memberi amaran buat Itali supaya tenang dan bersedia menampilkan satu lagi persembahan hebat di Wembley awal pagi esok waktu Malaysia dalam aksi kelompok 16 terakhir saingan Euro 2020 berdepan Austria.

Itali mencari kemenangan ke-12 berturut-turut tanpa bolos untuk mara ke suku akhir di Munich dan meneruskan persembahan untuk kembali ke London bagi separuh akhir dan final.

"Apabila anda bermain bolasepak, anda hanya boleh berharap untuk bermain di stadium seperti ini. 

"Kuil bolasepak seperti Wembley anda harus hormati dan menampilkan persembahan baik. 

"Saya yakin mereka akan melakukannya malam esok," kata bekas pengurus Manchester City itu.

"Terpulang kepada kami untuk kembali (ke separuh akhir dan final)."

Itali mendahului Kumpulan A dengan tiga kemenangan manakala Austria mara daripada Kumpulan C selaku naib juara selepas mengatasi Ukraine.

Mancini melakukan lapan perubahan terhadap skuad yang menang mengatasi Wales dan mengakui dia "pening untuk buat pilihan."

"Mereka semua bermain sangat baik," katanya.

Post a Comment

0 Comments