Header Ads Widget

Penjenamaan semula kejohanan kelolaan AFC

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjenamakan semula pertandingan utama pasukan kebangsaan dan kelab.

Pada 4 Januari, pengumuman telah dibuat AFC melalui laman rasmi mengenai pelancaran logo baharu semua kejohanan kelolaan mereka bagi meningkatkan reputasi dan prestij kejohanan tersebut mulai 2021.

Pengumuman dan penjenamaan semula itu, termasuklah semua pertandingan di peringkat bawah umur seperti:

  • Kejohanan AFC B-23 kini ditukar kepada Piala Asia B-23 (AFC U23 Asian Cup), 
  • Kejohanan AFC B-19 ditukar kepada Piala Asia B-19 (AFC U19 Asian Cup) dan
  • Kejohanan AFC B-16 ditukar kepada Piala Asia B-16 (AFC U16 Asian Cup). 

Manakala kejohanan futsal serta bolasepak pantai dikenali sebagai Piala Asia Futsal (AFC Futsal Asian Cup) dan Piala Asia Bolasepak Pantai (AFC Beach Soccer Asian Cup).

Pertandingan antara kelab masih dikekalkan dengan nama AFC Champions League dan AFC Cup namun logo kejohanan ataupun pertandingan telah diberikan nafas baharu dengan diubahsuai menjadi lebih moden dan mampu meningkatkan nilai komersial.

The new look and feel will be prominently featured across all fan focused touch-points with the AFC competitions in the coming years, from the match venues, to television broadcasts and social media channels. - AFC

Keputusan penjenamaan itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Pemasaran AFC dan mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC pada bulan Oktober 2020.

New Era, new look. The Official AFC National Team competitions brands

Setiausaha Agung AFC, Dato Windsor John percaya perubahan ini dapat meningkatkan lagi nilai pertandingan dan mengukuhkan jenama di peringkat asia.

Logo baharu ini akan mula digunakan secara rasmi pada semua venue pertandingan, hingga siaran televisyen dan saluran media sosial.

Diilhamkan oleh bentuk stadium bola sepak dan warna yang dipakai oleh pasukan kebangsaan Asia, susunan visual dinamik untuk pertandingan pasukan kebangsaan AFC merangkumi tempat di mana juara Asia dinobatkan, para penyokong serta pemain terkemuka di benua.

Fokus AFC adalah untuk membawa kandungan segar dan menarik kepada semua peminat bolasepak Asia melalui saluran rasmi AFC termasuk profil media sosialnya dari pelbagai bahasa seperti Facebook, Instagram, Twitter, Weibo, WeChat, Toutiao, Douyin, LINE, VKontakte dan Telegram, dan laman web AFC.

Semangat disebalik jenama ini juga akan ditunjukkan oleh AFC dan rakan komersialnya dalam pelbagai aktiviti pemasaran yang dirancang untuk menarik peminat di seluruh benua pada tahun-tahun mendatang.

Penjenamaan semula tersebut dikendalikan bersama rakan komersial eksklusif AFC iaitu FMA selama 15 bulan dan pihak berkepentingan di seluruh Asia.


 

Post a Comment

0 Comments