Header Ads Widget

Mampukah Brazil menjadi juara Olimpik 'back-to-back'?

Brazil akan memulakan kempen Olimpik mereka menentang Jerman pada 22 Julai di Stadium Antarabangsa Yokohama. 

Mereka kemudian bermain menentang Ivory Coast pada 25 Julai, sebelum mengakhiri peringkat kumpulan dengan perlawanan menentang Arab Saudi di Stadium Saitama.

Jadual Kumpulan D

22 July 2021 17:30
Brazil   vs Germany
22 July 2021 20:30
Ivory   Coast vs Saudi Arabia
25 July 2021 17:30
Brazil   vs Ivory Coast
25 July 2021 20:30
Saudi   Arabia vs Germany
28 July 2021 17:00
Saudi   Arabia vs Brazil
28 July 2021 17:00
Germany   vs Ivory Coast

Perlawanan menentang Jerman adalah ulangan final Rio 2016, yang mana Brazil berjaya mencatat kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti setelah perlawanan berakhir 1-1, masa tambahan. 

Pada perlawanan itu, sepakan percuma separuh masa pertama dari Neymar meletakkan tuan rumah didepan sebelum jaringan Max Meyer di hadapan penonton seramai 78,000 di stadium Maracana mengikat kedudukan sehingga tamat perlawanan.

Neymar yang bersemangat bersuara selepas perlawanan: "Ini adalah salah satu perkara terbaik yang telah berlaku dalam hidup saya. Itu saja."

Akan tetapi, tidak ada peluang untuk emas Olimpik kedua untuk Neymar setelah tidak terpilih untuk kejohanan itu, kali ini. 

Baca: Senarai skuad Brazil untuk Tokyo 2020.

Sebaliknya, peluang untuk memenangi emas Olimpik berturut-turut tetap ada buat pasukan Brazil dan ia terletak di tangan kumpulan pemain bolasepak baru, termasuk Dani Alves, Malcom dan Douglas Luis.

Brazil vs Jerman - Perlawanan Penuh - Final Bolasepak Lelaki Rio 2016

Post a Comment

0 Comments