Konfederasi Bolasepak Asia atau (Asian Football Confederation - AFC) merupakan badan pentadbiran bolasepak bagi 46 ahlinya.
Negara-negara yang mempunyai wilayah di dalam Asia dan Eropah, seperti Turki, Russia, Azerbaijan, Kazakhstan dan Georgia, juga seperti Israel dan Armenia yang berada di dalam Asia sepenuhnya di bawah pentadbiran UEFA.
Sebaliknya Australia yang dulunya bernaung di bawah OFC kini berada di dalam AFC semenjak 2006.
AFC telah ditubuhkan pada 8 Mei 1954 di Manila, Filipina, dan ia merupakan salah satu daripada enam benua/konfederasi FIFA.
Ibu pejabatnya terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Presiden AFC terkini adalah Salman Bin Ibrahim dari Bahrain.
Sejarah pembentukan
AFC ditubuhkan secara rasminya pada 5 Ogos 1954 semasa berlangsungnya Sukan Asia.
12 ahli pengasas adalah Afghanistan, Burma (Myanmar), Taipei Cina, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Filipina, Singapura dan Vietnam.
Ia secara rasmi diperakukan oleh FIFA pada 21 Jun 1954, sehari selepas Korea Selatan disingkirkan kalah 0-7 kepada Turki di dalam Piala Dunia FIFA 1954.
Kejohanan-kejohanan AFC
Kejohanan yang dianjurkan oleh AFC antaranya ialah Liga Juara-Juara AFC, sebuah kejohanan tahunan yang paling berprestij diperingkat kelab-kelab Asia.
Penyertaannya melibatkan juara liga empat belas negarasepak bola terkuat di Asia.
AFC juga menganjurkan Piala AFC bagi juara liga dari negara yang berada dirangking ke 15 ke atas.
Pasukan Kebangsaan (Negara)
Lelaki
- AFC Asian Cup
- 2022 FIFA World Cup qualification (AFC)
- AFC Solidarity Cup
- Asian Games Men's football tournament
- AFC U-23 Asian Cup
- AFC U-20 Asian Cup
- AFC U-17 Asian Cup
- AFC Futsal Asian Cup
- AFC U-20 Futsal Asian Cup
- AFC Beach Soccer Asian Cup
Wanita
- AFC Women's Asian Cup
- AFC Women's Asian Cup qualification
- Asian Games women's football tournament
- AFC Women's Olympic Qualifying Tournament
- AFC U-20 Women's Asian Cup
- AFC U-17 Women's Asian Cup
- AFC Women's Futsal Asian Cup
Kelab (Lelaki)
- AFC Champions League
- AFC Cup
- AFC Futsal Club Championship
Kelab (Wanita)
- AFC Women's Club Championship
Bolasepak wanita di Asia
Konfederasi Bolasepak Wanita Asia (ALFC) adalah sebahagian daripada AFC yang menguruskan bolasepak wanita di Asia.
Kumpulan ini ditubuhkan secara bebas pada bulan April 1968 di dalam sebuah mesyuarat yang melibatkan Taiwan, Hong Kong, Malaysia dan Singapura.
Pada tahun 1986 ALFC bergabung dengan AFC.
Konfederasi Bolasepak Wanita Asia telah membantu menguruskan Piala Asia Wanita AFC, pertama kali diadakan pada tahun 1975, juga Kejohanan Wanita B-19 AFC dan Kejohanan Wanita B-17 AFC.
Kawasan (zon)
AFC dipecahkan kepada lima kawasan.
Di bawah menunjukkan pasukan-pasukan kebangsaan Asia dipecahkan mengikut wilayah (tetapi tidak semestinya sebahagian daripada wilayah persekutuan bolasepak mereka).
Oleh kerana ada peraturan, contohnya kekangan agama dan budaya, hanya ASEAN dan Asia Timur melengkapkan pasukan bolasepak wanita.
Persatuan Bolasepak:
ASEAN (AFF) | Asia Timur (EAFF) | Asia Barat (WAFF) | Asia Tengah (CAFA) | Asia Selatan (SAFF) |
---|---|---|---|---|
Australia | China | Iraq | Afghanistan | Bangladesh |
Brunei | Hong Kong | Arab Saudi | Iran | Bhutan |
Kemboja | Guam | Bahrain | Kyrgyzstan | India |
Indonesia | Jepun | Jordan | Tajikistan | Maldives |
Laos | Taipei Cina | Kuwait | Turkmenistan | Nepal |
Malaysia | Korea Utara | Lubnan | Uzbekistan | Pakistan |
Myanmar | Korea Selatan | Oman | Sri Lanka | |
Filipina | Mongolia | Palestin | ||
Singapura | Qatar | |||
Thailand | Syria | |||
Vietnam | Emiriah Arab Bersatu | |||
Timor-Leste | Yaman |
Bekas ahli
Israel, 1954–1974. Dsingkirkan dari pertandingan AFC pada tahun 1974, setelah hasil cadangan Kuwait menerima keputusan majoriti. Menjadi ahli UEFA sepenuh pada tahun 1994.
New Zealand, 1964. Menjadi negara pengasas OFC pada 1966.
Yemen Selatan, 1972–1990. Bergabung dengan Yemen Utara untuk membentuk Yemen.
Kazakhstan, 1993–2002. Menyertai UEFA pada 2002.
Bekas Kejohanan
Pasukan Kebangsaan
- AFC Challenge Cup
- Afro-Asian Cup of Nations
- AFC–OFC Challenge Cup
Kelab
- Asian Cup Winners' Cup
- Asian Super Cup
- AFC President's Cup
- Afro-Asian Club Championship
0 Comments