Header Ads Widget

Dani Olmo teruja bertemu Croatia

Pemain tengah Sepanyol, Dani Olmo begitu teruja pabila mengetahui Croatia akan menjadi lawan pasukan itu pada pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 di sini.

"Saya sangat gembira. Mengapa saya tidak gembira? 

"Kami layak ke pusingan 16 terbaik dan akan menentang Croatia.

"Ini adalah perlawanan yang besar dan begitu istimewa buat saya. 

"Saya akan kenang perlawanan ini seumur hidup saya," katanya yang sebelum ini pernah beraksi bersama Dinamo Zagreb.

Dani Olmo pernah bersama Dinamo Zagreb dari 2014 - 2020, sebelum meyertai RB Leipzig.

Malah, Olmo mendedahkan telefonnya tidak berhenti berdering selepas skuad La Roja menempah pertemuan dengan Croatia dan berkata dia menerima banyak mesej daripada negara Balkan itu.

"Saya mendapat ribuan mesej. Ada yang menghantar 'Dani, kami cintakan anda tetapi anda akan balik rumah selepas ini.'

"Ada yang menghantar 'Ay Dani, kami tidak tahu bagaimana mahu menyokong kamu'. 

"Sangat menakjubkan apabila saya ada memori yang indah di Croatia dan penyokong Dinamo masih mengingati saya."

Olmo juga mengakui dia memiliki hubungan yang baik dengan pemain dari pasukan yang bakal menjadi penghalang Sepanyol untuk melangkah ke suku akhir.

"Ramai kawan saya dalam pasukan kebangsaan Croatia. Jadi perasaan ini sangat istimewa dan sukar untuk digambarkan. 

"Saya ada ramai kawan daripada Dinamo yang bermain di Croatia dan saya juga kenal ramai pemain Croatia.

"Ini kerana ketika mereka berlatih di Maksimir (ibu pejabat Dinamo) sebelum ini, saya selalu ada di sana dan berjumpa mereka. Saya tahu sebagai pemain Sepanyol, saya akan menentang mereka satu hari nanti."

 

Post a Comment

0 Comments