Header Ads Widget

Bolasepak Sukan Olimpik 2020

Kejohanan bolasepak Sukan Olimpik 2020 dijadualkan berlangsung dari 21 Julai hingga 7 Ogos 2021 di Jepun.

Selain kota tuan rumah Olimpik Tokyo, pertandingan juga akan dimainkan di Kashima, Saitama, Sapporo, Sendai, dan Yokohama.

Persatuan yang berdaftar atau bernaung dibawah FIFA boleh menghantar pasukan untuk menyertai kejohanan ini, walaupun pertandingan ini tidak termasuk dalam kalendar utama badan induk bolasepak dunia itu.

Tidak ada batasan umur untuk pasukan wanita, sementara pasukan lelaki dihadkan kepada pemain bawah 24 tahun (lahir pada atau selepas 1 Januari 1997) dengan maksimum tiga pemain yang berumur melebihi had dibenarkan. 

Kejohanan lelaki biasanya terhad kepada pemain bawah 23 tahun, walaupun setelah penangguhan Olimpik setahun, FIFA memutuskan untuk mengekalkan sekatan pemain yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 1997. 

Buat pertama kalinya, sistem Pengadil Pembantu Video (VAR) akan digunakan di Sukan Olimpik Musim Panas setelah pada bulan Jun 2020, FIFA meluluskan penggunaan sistem pembantu pengadil video (VAR) di Olimpik. 

Brazil adalah juara bertahan lelaki manakala Jerman pula adalah juara bertahan wanita, tetapi gagal layak setelah tewas kepada Sweden pada suku akhir Piala Dunia Wanita FIFA 2019. 

Kumpulan Bolasepak Lelaki bagi saingan Olimpik Tokyo 2020.

Kumpulan A Kumpulan B
Jepun (H) New Zealand
Africa Selatan Korea Selatan
Mexico Honduras
Perancis Romania
Kumpulan C Kumpulan D
Mesir Brazil
Sepanyol Jerman
Argentina Ivory Coast
Australia Arab Saudi

*H = Host (tuan rumah)

Info lain (klik untuk membaca)

1. Jadual Perlawanan

2. Venue Perlawanan

3. Kelayakan

4. Kedudukan dan keputusan perlawanan.

Post a Comment

0 Comments