Header Ads Widget

Anthony Taylor jadi sasaran media Itali.

Pengadil England, Anthony Taylor menjadi 'mangsa serangan' akhbar Itali, Corriere dello Sport menjelang pertembungan antara skuad Azzurri dan Austria, di sini awal pagi esok waktu Malaysia.

Dakwaan itu dibuat selepas Perdana Menteri Itali, Mario Draghi mencadangkan supaya aksi final Kejuaraan Eropah 2020 yang sepatutnya berlangsung di Wembley dipindahkan ke Rom susulan peningkatan kes COVID-19.

 Justeru, wujud kebimbingan seandainya Taylor mahu anak buah Roberto Mancini yang akan beraksi di Wembley itu supaya tewas di tangan lawannya. 

Corriere dello Sport mendakwa pemilihan Taylor 'menggerunkan' rakyat Itali.

Akhbar terbabit menyebut 'sudah jelas di mana sebagai ahli sukan, kita ada tugas untuk mempercayai bahawa sekalipun dalam perniagaan bolasepak, nilai tertinggi perlu diterapkan dan balas dendam ataupun guarauan bukanlah sebahagian daripada amalan oleh pentadbir bolasepak.

"Namun apabila kami membaca bahawa pengadil dari England, Anthony Taylor akan mengadili perlawanan bertemu Austria, ia menakutkan secara dalaman dan juga beberapa pemerhati tidak neutral pasukan kebangsaan Itali.

"Adakah ini satu kebetulan atau sesuatu yang rawak?"

Di sebalik kritikan terbabit, Taylor mendapat pujian selepas bertindak pantas untuk menguruskan insiden Christian Eriksen yang rebah di atas padang sebelum ini.

Susulan itu, dia dipilih untuk mengadili aksi membabitkan Portugal-Jerman.

Post a Comment

0 Comments